Jumaat, 6 April 2012

Bengkel ICTL Kohort 2

Tarikh: 3-5hb April 2012
Tempat: Makmal Komputer SK Raja Perempuan Muzwin











Rabu, 4 April 2012

HEBAHAN AWAM : SEMAKAN KEPUTUSAN Penilaian/Ujian MAC 2012 Dalam SAPS


Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua/Guru Besar Negeri Perak
Semua Ibu/Bapa/Penjaga
Sukacita dimaklumkan, keputusan Penilaian/Ujian Bulan Mac 2012 bagi murid (Sekolah Rendah: Tahun 3 hingga Tahun 6, Sekolah Menengah : Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5) boleh dicapai dan dicetak melalui Portal SAPS iaitu;
Adalah dimaklumkan, ibu/bapa/penjaga boleh menyemak keputusan Penilaian/Ujian Mac 2012 untuk anak/tanggungan yang bersekolah di mana-mana sekolah kerajaan seluruh Malaysia. Sila klik menu Semakan IbuBapa. Carian keputusan hendaklah menggunakan Nombor MyKid/MyKad atau Sijil Lahir.
Sehubungan itu, bagi kes sekolah-sekolah yang masih dalam proses pengisian markah, JPN Perak berharap ianya dapat diselesaikan sebelum 30 Mac 2012. Ini disebabkan Ibu/Bapa/Penjaga boleh mengetahui Status Pengisian Markah semua sekolah seluruh Malaysia. Sila rujuk menu STATUS SEMAKAN MARKAH sekolah masing-masing.
Adalah diharapkan juga semua Pegawai Meja SAPS PPD dapat memantau proses kemasukan markah semua sekolah dalam daerahnya dari semasa ke semasa. Sila sebarluaskan hebahan ini dalam portal PPD masing-masing.
Sekian. Terima kasih.
Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Isnin, 2 April 2012

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2012


Open in new window 

1.  Permohonan Pertukaran Guru sesi Jun 2012 dibuka mulai 1 April hingga 30 April 2012.
2.  Semua permohonan mestilah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar.
3.  Pengetua /Guru Besar mesti membuat Pengesahan setiap permohonan pertukaran guru sebelum 2 Mei 2012.  Permohonan pertukaran tanpa pengesahan Pengetua / Guru Besar tidak akan diproses.
4.  Permohonan Pertukaran secara online boleh dibuat melalui Laman Web e-GTukar.
5.  Guru boleh mendapatkan panduan mengisi borang secara online di sini.

Harap maklum.

Pengurusan Guru
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Perak.