Ahad, 13 Mei 2012

Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012


APLIKASI TAKWIM ONLINE JABATAN PELAJARAN PERAK



Kepada,
Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Perak,
Semua Pengetua / Guru Besar Negeri Perak

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Maklumat(ICT) JPN Perak telah membangunkan aplikasi Takwim Online JPN Perak yang boleh diakses melalui portal jabatan atau alamat URL http://www.pelajaranperak.gov.my/takwim mulai 01 Mei 2012.

3.         Sehubungan itu, pentadbiran ini memohon pihak tuan memanjangkan perkara tersebut kepada semua pegawai,guru-guru dan staf di pentadbiran masing-masing untuk dijadikan rujukan bagi penyelarasan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan di daerah.

4.         Segala kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Unit Pembangunan dan Khidmat Rundingcara
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
Jabatan Pelajaran Perak

Sambutan Program Sekolah Penyayang Peringkat Kebangsaan