Rabu, 28 November 2012

Jerebu : Panduan Kesihatan Untuk Anda


Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPUSTATUS
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301 - 500Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Jemputan Penyertaan Bengkel Keusahawanan Bersama Selebriti Jaafar Onn Anjuran PUSPANITA Daerah Kuala Kangsar


Semua Warga Pendidik (Wanita)
Daerah Kuala Kangsar.
Dimaklumkan bahawa PUSPANITA Daerah Kuala Kangsar akan mengadakan bengkel di atas pada ketentuan berikut:
Tarikh  :  6 Disember 2012
Masa  :  2.00 – 4.00 petang
Tempat  :  Dewan Auditorium, Kolej Islam Darul Ridzuan
Bayaran  : RM50.00 (Ahli) dan RM55.00 (Bukan Ahli)
Warga pendidik(wanita) yang berminat sila hubungi Pn.Hasniza di talian 05-776 1055 samb. 312 (Pejabat Daerah Kuala Kangsar) atau Pn.Kamilaton Nahar di talian  019-510 5614 ( Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar).  Maklumbalas penyertaan selewat-lewatnnya pada atau sebelum 30 November 2012.
Sekian, terima kasih.

Jumaat, 9 November 2012

APLIKASI PENGUMPULAN DATA OPERASI KEPERLUAN SEKOLAH (ePerlu)


Dari Portal JPN
APLIKASI   PENGUMPULAN DATA OPERASI KEPERLUAN SEKOLAH (ePerlu)

Semua Pengetua
Semua Guru Besar
Negeri Perak Darul Ridzuan
APLIKASI PENGUMPULAN DATA OPERASI KEPERLUAN SEKOLAH (ePerlu)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi ePerlu sudah boleh diakses seperti   biasa. Sehubungan itu, pihak sekolah dikehendaki memasukkan maklumat yang   diperlukan dengan SEGERA.   Tarikh akhir kemasukan data adalah pada 6 November 2012 (Selasa) .
3. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan berhubung dengan perkara ini amat   dihargai.
Sekian terima kasih
Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Sekolah
b.p Pengarah Pelajaran Negeri Perak
 
Peringatan Penting.
1. Berikut ialah sekolah yang telah pun SUDAH mengisi data dalam e-perlu. Tahniah dan syabas di ucapkan
Pemantauan   eperlu
Data   dari APDM pada 8/11/2012
Sekolah   Rendah
#KodSekolah
8ABA4012SK   RAJA PEREMPUAN MUZWIN
13ABA4017SK   SAUK
17ABA4023SK   MANONG
32ABA4052SK   POS PIAH
39ABA4001SK   SAYONG
55ABD4114SJK(T)   LADANG PERAK RIVER VALLEY
57ABD4116SJK(T)   LADANG CHANGKAT SALAK
70ABC4102SJK(C)   HING WA
74ABC4106SJK(C)   LINTANG
84ABA4053SK   KAMPUNG KENANG
Sekolah   Menengah
#KodSekolah
6AEE4070SMK   CLIFFORD
9AEA4087SMK   MUHIBBAH
19AEB4073SMK   TSUNG WAH
 
2. Mohon sekolah yang tidak disenaraikan di atas SEGERA mengisi data e-perlu berkenaan. Walaupun tarikh tutup telah berlalu, masa masih diberi sehingga minggu hadapan.
3. Alamat e-perlu di  http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia
 
Sekian dimaklumkan untuk tindakan segera tuan-tuan.
Terima kasih.
 

KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2012


Semua Guru Besar,

SK/SJKC/SJKT,
Daerah Kuala Kangsar
 
Tuan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.  Sukacita dimaklumkan, keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada 19 November 2012. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir ke pejabat ini untuk mengambil keputusan tersebut seperti ketetapan berikut ;
2.1 Tarikh : 19 November 2012
2.2 Masa : 8.30 pagi
2.3 Tempat  : Pejabat Pelajaran Daerah, Kuala Kangsar.
3.  Calon-calon dibenarkan mengambil keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada tarikh yang sama.
Sekian, terima kasih
Daripada:
Unit Penilaian dan Peperiksaan
PPD Kuala Kangsar.

Khamis, 1 November 2012

Periksa label makanan boleh kurus




WANITA lebih peka memeriksa label nutrisi makanan berbanding lelaki.



RAMAI pengguna memilih untuk terus mengambil produk dari rak makanan tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu. Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram.
Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya.
Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga, tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya.
“Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki.
“Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan,” ujarnya.