Jumaat, 22 November 2013

Bagaimana ‘Nozzle’ Pam Petrol Tahu Tangki Penuh?


Hari hari kita isi minyak di stesen minyak. Tapi bagaimana sebenarnya ‘nozzle’ atau picu pam minyak yang kita gunakan semasa isi minyak tahu bahawa tangki dah penuh? Ada dua saluran (valve) iaitu saluran utama yang dilalui oleh petrol untuk masuk ke dalam tangki dan satu saluran halus yang mempunyai pelampung udara. Prinsip Bernoulli digunakan apabila udara didalam dikeluarkan sehingga menjadi vakum. Apabila tiada udara di dalam tangki dan pelampung tadi akan menghentikan saluran utama.
 




Tak percaya esok masa isi minyak, tengok ada berapa saluran

sumber:http://ohrojak.blogspot.com/

Khamis, 21 November 2013

Tiga Subjek Baru Murid Darjah 4 Tahun Sesi 2014


Senarai tiga subjek baru untuk murid darjah 4 tahun 2014. Mulai awal 2014 murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Berikut adalah pengenalan mengenai tiga subjek berkenaan.

subjek-baru
Tiga subjek tersebut :

1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.

2.  Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Mata pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan.

3. Subjek Sejarah
Peruntukan 60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi. Pengenalan mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat.

Mata pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Subjek itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.

sumber:melvister.com

Misi dan Visi Baharu KPM

Visi dan misi baru KPM adalah seperti berikut:-

 VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI
 "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Khamis, 14 November 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2013


PrintPDF
Banner_UPSR2013
atau
Keputusan peperiksaan tersebut boleh juga disemak melalui perkhidmatan dalam talian pada pautan berikut:

Isnin, 11 November 2013

Susunan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan


SUSUNAN KUMPULAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT

2.1 DARJAH KERABAT DIRAJA YANG AMAT DIHORMATI
Darjah Kerabat (D.K.)

2.2 DARJAH KERABAT SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK
YANG AMAT DIHORMATI
Darjah Kerabat Sultan Azlan (D.K.S.A)

2.3 Darjah Kebesaran SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK
YANG AMAT MULIA
Dato’ Seri Paduka Sultan Azlan (S.P.S.A)
(Dato’ Seri Diraja/Isteri : Datin Seri Diraja)

2.4 Darjah Yang Amat Mulia PADUKA CURA SI MANJA KINI
Pangkat Pertama …. Seri Paduka Cura Simanja Kini (S.P.C.M.)
Pangkat Kedua … Dato’ Paduka Cura Simanja Kini (D.P.C.M.)
Pangkat Ketiga … Paduka Cura Simanja Kini (P.C.M.)
Pangkat Keempat … Ahli Cura Simanja Kini (A.C.M.)

2.5 Darjah Yang Amat Mulia PANGLIMA TAMING SARI
Pangkat Pertama … Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.)
Pangkat Kedua … Dato’ Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.)
PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI

2.6 Darjah Yang Amat Mulia PADUKA MAHKOTA PERAK
Pangkat Pertama … Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.)
Pangkat Kedua … Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)
Pangkat Ketiga … Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)
Pangkat Keempat … Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)

2.7 Pingat Keberanian/Pekerti Terpilih/Jasa Kebaktian/Lama
Perkhidmatan
i) Pingat Keberanian Handal (P.K.H.)
ii) Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)
iii) Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
iv) Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.)

2.8 Tauliah Lantikan Jaksa Pendamai (J.P.)

3. JENIS DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT

1Hoon


1 ela persamaan dengan 3 kaki.

1 kaki persamaan dengan 12 inci.

1 inci pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian (1/2 inci) atau empat bahagian (1/4 inci).

Perbezaan Cenderamata dan Cenderahati

Kadangkala kita sentiasa terkeliru untuk menyebut cenderamata atau cenderahati.

1. Cenderamata adalah pemberian berbentuk kekal : gambar, cermin, pakaian, buku, pen, dan sebagainya
2. Cenderahati adalah pemberian tidak kekal : buah-buahan, kuih-muih dan bunga

Logo Baru Kementerian Pelajaran Malaysia


Seperti yang telah dinyatakan secara rasmi di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, logo Kementerian Pelajaran Malaysia yang lama telahpun ditukarkan kepada yang baharu selaras dengan transformasi penggabungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah satu bumbung yang dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia.  

Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. 

Virus?

cara remove virus shortcut dari pendrive.


1) Klik kat Start, Run, dan taip cmd.muncul skrin hitam.

2) Sila taip command di bawah ini:

attrib -h -r -s /s /d g:\*.*
(yang g tu ialah lokasi pendrive kita. kalau pendrive kita location dia F, tulis lah F, jangan taip Q pulak)

Kemudian, tekan button Enter.

3)Tunggu sampai second command muncul. Bila second command dah muncul, tengok pada location pendrive tadi.

4) Folder yang hidden tadi akan kembali normal.

5) Delete folder yang ada shortcut tadi.

Selasa, 5 November 2013

Kalender Persekolahan dan Cuti Umum 2014




APAKAH VLE FROG 1BESTARINET


Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung.
Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional.
Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE.
Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.
sumber:http://frogspintar.blogspot.com/

MUAT TURUN BAHAN KSSR TAHUN 4 2014