Khamis, 21 Jun 2012

JEMPUTAN KE PAMERAN DAN PROGRAM DARI MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM) DAN PETRONAS BERTAJUK “e-HEROS”



Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kuala Kangsar
Tuan,
JEMPUTAN KE PAMERAN DAN PROGRAM DARI MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM) DAN PETRONAS BERTAJUK “e-HEROS”
Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas, surat daripada Unit Kokurikulum Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Perak, J.Pel.Pk.(KOKU)4531/Jld.15(9), bertarikh 8 Oktober 2012 adalah berkaitan.
2.       Dengan ini dimaklumkan bahawa Pameran e-Heros dengan PETROSAINS telah bermula seperti ketetapan berikut:
                                        Tarikh  : 07 Ogos 2012 hingga 28 Oktober 2012-10-22         
                                        Masa   : 09.30 pagi – 05.00 petang (Hari Biasa)
                                                      09.30 pagi – 06.30 petang (Hujung Minggu)
                                        Tempat: Level4, Petrosains, KLCC, Kuala Lumpur
3.       Sehubungan itu, pihak jabatan mengalakkan program lawatan murid-murid ke tempat tersebut di atas. Keterangan lanjut berkaitan aktiviti ini sila hubungi urus setia, Encik Soong Wei Chean di talian 016-3362363 atau Cik Gan di talian 019-3906650.
4.       Kerjasama tuan dalam menjayakan aktiviti ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
(Unit Kurikulum)

Khamis, 14 Jun 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG PERINGKAT KEBANGSAAN

 Program Guru Penyayang yang berkonsepkan guru penyayang dan sekolah penyayang di semua sekolah yang telah pun bermula pada sesi persekolahan awal Januari lalu dilancarkan di SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar, Perak pada 15 Mei 2012 bersempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Sri Abd. Ghafar Mahmud ketika melancarkan program tersebut berharap suasana dan pendekatan tersebut berlaku di semua sekolah pada setiap hari persekolahan di mana setiap sekolah akan menjalankan program dan aktiviti berkonsepkan guru penyayang dan sekolah penyayang bagi membolehkan guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Menurutnya untuk membudayakan guru penyayang dan mewujudkan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut, guru seharusnya berupaya menjadi contoh dan teladan yang baik, pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada murid-muridnya.

Guru sebagai ‘role model’ dalam membudayakan sikap kasih sayang demi memastikan murid-murid seronok belajar dan menganggap sekolah adalah seperti rumah keduanya, juga bertindak sebagai agen untuk melahirkan modal insan cemerlang, selain sebagai penjana kepada perubahan murid sama ada pemikiran, tingkah laku, keluhuran hati budi dan pertumbuhan fizikal.

Sehubungan itu, Dato’ Sri Abd. Ghafar berharap guru dapat memainkan peranan penting dalam pendidikan dan bersedia mempraktikkan amalan-amalan terbaik yang terkini serta sentiasa mengaplikasikan pembelajaran ‘fun learning’ di sekolah sebagaimana yang telah dipraktikkan di kebanyakan negara maju yang terbukti berkesan dalam membantu perkembangan sosial, mental dan keyakinan diri kanak-kanak.

Tambahnya, tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada muridnya, tetapi lebih daripada itu, iaitu mendidik, membimbing dan membangunkan potensi murid mengikut lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Profesion perguruan juga adalah untuk membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta menentukan masa depan yang bebas daripada pelbagai krisis sosial dan moral.

Program Guru Penyayang dilaksanakan secara pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa, di mana bagi fasa pertama, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti iaitu mengalu-alukan kehadiran pelajar, melaksanakan program mentor mentee dan memberi penghargaan kepada pelajar.




sumber http://buletinkpm.blogspot.com/2012/05/program-guru-penyayang-peringkat.html

Rabu, 13 Jun 2012

Langkah Pertama Ke arah kesihatan

Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan. Langkah kedua ialah mendapatkan info kesihatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Adalah sukar untuk menjaga kesihatan tubuh sekiranya anda tidak tahu apa-apLangkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan. Langkah kedua ialah mendapatkan info kesihatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Adalah sukar untuk menjaga kesihatan tubuh sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana mungkin anda menjaga kesihatan diri dan keluarga kalau anda tidak faham bagaimana musuh datang menyerang dan bagaimana tubuh anda bertindak mempertahankan diri.

Di laman web ini kami sediakan info kesihatan untuk membantu anda menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Lebih banyak info kesihatan akan dimuatkan dari masa ke semasa. Sila kembali lagi untuk mendapatkannya.

Info kesihatan yang diberikan adalah bertujuan untuk ilmu pengetahuan sahaja dan TIDAK seharusnya dijadikan nasihat perubatan atau rawatan. Sekiranya anda memerlukan nasihat perubatan, sila dapatkannya dari pengamal perubatan bertauliah.

Terima Kasih.
a mengenainya. Bagaimana mungkin anda menjaga kesihatan diri dan keluarga kalau anda tidak faham bagaimana musuh datang menyerang dan bagaimana tubuh anda bertindak mempertahankan diri.

Di laman web ini kami sediakan info kesihatan untuk membantu anda menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Lebih banyak info kesihatan akan dimuatkan dari masa ke semasa. Sila kembali lagi untuk mendapatkannya.

Info kesihatan yang diberikan adalah bertujuan untuk ilmu pengetahuan sahaja dan TIDAK seharusnya dijadikan nasihat perubatan atau rawatan. Sekiranya anda memerlukan nasihat perubatan, sila dapatkannya dari pengamal perubatan bertauliah.

Terima Kasih.

Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat




Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.  Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi
melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah
kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh,
terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1,
artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV,
hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:

  • Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.


  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.


  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.


  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.


  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.


  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.
Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang?