Ahad, 23 Disember 2012

SENARAI HARI KELEPASAN AM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN DAN HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN TAHUN 2013


Semua Guru Besar Dan Pengetua,
Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Kangsar.
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita bersama-sama ini dikepilkan surat siaran seperti pautan berikut :
3. Sehubungan itu kerjasama tuan diminta untuk memanjangkan maklumat ini kepada
semua guru-guru di bawah pentadbiran tuan/puan.
Kerjasama tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Unit Perhubungan dan Pendaftaran
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Perak

Selasa, 4 Disember 2012

MENGURUSKAN MASALAH TEKANAN

Adakah anda merasa sesak nafas? Ketegangan otot? Degupan jantung yang meningkat? Terlalu banyak kerja perlu buat tetapi masa yang ada tidak mencukupi? Menghadapi masalah tidur? Selalu lupa makan atau tidak makan pada tetap masa?  Jika anda hadapi gejala seperti ini, anda berkemungkinan sedang mengalami tekanan.

Tekanan ialah suatu gangguan emosi, pemikiran dan fikiran. Tekanan tidak boleh dikecualikan dalam kehidupan kita. Terdapat dua jenis tekanan, iaitu tekanan baik yang boleh memotivasi kita dalam kehidupan; dan tekanan buruk yang akan menimbulkan penyakit kronik yang lain.
Bagaimana untuk menentukan bahawa tekanan itu baik atau buruk sangat bergantung pada individu itu sendiri. Sebagai contoh, harapan ahli keluarga mungkin adalah tekanan buruk kepada sesetengah orang, kerana risau dirinya tidak dapat mencapai matlamat dan akan mengecewakan ahli keluarganya. Sebaliknya bagi orang lain, harapan ahli keluarga adalah bantuan kepada mereka untuk meneruskan usahanya untuk mencapai matlamat. 

Pengurusan tekanan adalah sangat penting, kerana sekiranya tekanan tidak diurus dengan baik, mungkin akan menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah kesihatan fizikal dan mungkin juga timbul masalah membunuh diri. 

Untuk mengurus stres, beberapa perkara patut diperhatikan:
  1. Kenal pasti punca-punca stres pada diri anda. Punca sebenarnya tidak mudah untuk diketahui. Adakah tekanan anda daripada pekerjaan, belajar, kematian orang terdekat, masalah kesihatan, ekonomi dan lain-lain.
  2. Bagaimana anda merasa secara fizikal dan emosional. Adakah kesihatan tubuh badan berubah? Kelebihan berubah berat badan? Adakah emosional anda stabil dan boleh dijelaskan?
  3. Apakah anda boleh lakukan bagi menggembirakan atau merelakskan diri? Sebagai contoh, berbicara dengan rakan atau ahli keluarga, lakukan aktiviti fizikal, seperti yoga dan teknik meditasi tekanan atau sesuatu aktiviti yang anda suka.
  4. Mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sebagai contoh, tidur dan makan dalam masa tetap, bersenam dan mengekalkan pemakanan yang sihat. Selain itu, terdapat beberapa jenis makanan dapat mengurangkan tahap tekanan anda iaitu, susu rendah lemak, pisang, tomato, jeruk, lobak, labu kuning, kumpulan vitamin B.
  5. Belajar menerima bahawa anda adalah seorang manusia yang biasa yang memerlukan bantuan orang lain dan mempunyai kelemahan.
  6. Belajar bagaimana mengatakan "tidak". Kenal pasti kelemahan diri dan mengelakkan daripada ulanginya. Jangan buat janji yang anda tidak dapat tunaikan.
  7. Melancong atau bercuti di tempat lain, yang jauh dari tempat atau orang yang menyebabkan tekanan kepada anda.
  8. Merancangkan masa dengan baik. Pengurusan masa yang buruk akan menyebabkan banyak tekanan.
Sekiranya anda menghadapi masalah tekanan dan tidak dapat menguruskan dengan diri, hubungi kaunselor dan dapatkan bantuan secepat mungkin.

Anna Tay
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna  (CRRC)

PUPUK CARA PEMAKANAN SIHAT DI SEKOLAH


Kementerian kesihatan dan kementerian pelajaran telah mengambil langkah untuk menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin Sekolah Sihat yang meliputi larangan menjual minuman berkarbonat berjenama dan minuman bertenaga di kantin atau mesin layan diri di sekolah. Usaha ini dianggap sebagai langkah untuk menggalakkan pemakanan berkhasiat dalam kalangan pelajar.

Kegemukan dan obesiti mempunyai kaitan dengan cara pemakanan. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini, menunjukkan bahawa seorang daripada 4 orang kanak-kanak di negara ini adalah gemuk ataupun obes. Manakala seorang daripada 3 orang remaja adalah berat badan yang berlebihan, dan seorang daripada 6 orang ialah obes. Kajian tersebut dijalankan pada tahun 2002 dan tahun 2008. Penemuan kajian tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara dalam bilangan kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun juga menunjukkan peratus kegemukan dan obesiti lebih daripada 9%.

Statistik yang membimbangkan ini, jika dibiarkan, akan menyebabkan negara ini menuju ke arah negara gemuk. Kegemukan dan obesiti ialah penyebab utama kepada penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, penyakit darah tinggi dan sebagainya. Ini juga akan meningkatkan kos perubatan untuk rakyat Malaysia dan kerajaan.

Penjagaan pemakanan anak-anak patut dimulakan sejak bayi. Penyelidikan telah menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan. Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi.

Selain daripada  minuman berkarbonat, makanan yang tidak berkhasiat seperti keropok yang mengandungi garam yang tinggi, gula-gula serta makanan ringan yang kurang sihat juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah. Selain itu, minuman jus atau minuman isotonik mungkin dianggap sebagai pilihan yang lebih sihat, tetapi produk tersebut juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. Minuman tersebut juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah.

Selain di dalam kawasan sekolah, kawasan di luar sekolah juga patut dipantau bagi mengelakkan wujudnya penjaja yang menjual makanan ringan yang tidak berkhasiat seperti ais krim. Kebanyakan penjaja ini merupakan penjaja yang tidak berlesen yang mempunyai cara penyimpanan makanan yang baik.  Garis panduan yang disediakan itu juga perlu merangkumi juga buffer zone, iaitu  kawasan luar sekolah dalam jarak yang tertentu dilarang menjual makanan yang tidak berkhasiat. Pihak sekolah juga patut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memantau penjual makanan ringan tersebut.

Ibu bapa juga patut menjadikan model kepada anak-anak mereka dalam memupuk cara pemakanan yang sihat. Kanak-kanak patut didedah kepada cara pemakanan serta gaya hidup yang sihat sejak usia muda.

Yu Kin Len
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)

PATUHI SEGERA GARIS PANDUAN KANTIN SEKOLAH





Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan arahan bahawa makanan ringan tidak dibenarkan dijual di sekolah. Arahan ini dibuat memandangkan tahap kesihatan pelajar sekolah yang membimbangkan, terutamanya kegemukan dan kencing manis.

Langkah Kementerian Kesihatan ini amat dialu-alukan dan hendaklah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pengharaman penjualan makanan ringan dan minuman berkarbonat sepatutnya telah lama diharamkan di sekolah. Namun disebabkan oleh pemantauan yang masih belum memuaskan oleh pihak sekolah, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan menyebabkan makanan dan minuman tidak berkhasiat masih terus dijual di kantin-kantin sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Kantin Sekolah semenjam tahun 1983 lagi.  Garis panduan ini sebagai rujukan pihak sekolah dalam penyediaan makanan yang dijual di kantin sekolah.
Garis panduan ini telah menyenaraikan makanan dan minuman yang dilarang di kantin sekolah, iaitu:
  1. Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  2. Minuman ringan bergas.
  3. Gula-gula, coklat dan biskut berkrim.
  4. Jenis-jemis makanan yang elah dijeruk sama ada masam atau masin atau manis, basah atau kering seperti asam manis atau masin, jeruk mangga, kulit limau, jeruk halia, jeruk bawang dan lain-lain.
  5. Makanan snek yang rapuh seperti ‘crackers’.
  6. Semua jenis makanan yang berupa permainan atau yang dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.
  7. Rokok, bahan-bahan makanan yang mengandungi alkohol dan barang-barang seumpamanya.
  8. Makanan yang melampaui tarikh tamat tempoh.
Selain itu, makanan dan minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin sekolah pula ialah:
  1. Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang berlebihan seperti sirap, donat, aiskrim dan lain-lain.
  2. Minuman berperisa kecuali susu berperisa.
  3. Minuman yang menggunakan bahan pewarna dan perisa sintetik seperti minuman oren dan lain-lain.
Garis Panduan Kantin Sekolah juga menyenaraikan makanan yang sesuai dijual di kantin sekolah, di samping tahap keselamatan dan kebersihan yang perlu diamalkan oleh pengusaha kantin.

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlu meminta supaya pihak sekolah segera melaksanakan garis panduan ini. Walaupun garis panduan ini masih perlu dikemas kini dari semasa ke semasa, namun apa yang terkandung dalamnya secara asasnya sudah cukup untuk menjadi panduan kepada pihak sekolah untuk mewujudkan kantin yang sihat dan selamat untuk pelajar sekolah.

Setiap sekolah mempunyai jawatankuasa kantin yang terdiri daripada guru-guru dan pengusaha kantin. Jawatankuasa ini perlu memainkan peranan yang sewajarnya dengan dipantau oleh Jabatan Pelajaran Daerah bagi memastikan garis panduan ini dipatuhi.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan juga perlu bersikap tegas terhadap penjaja kecil yang menjual makanan dan minuman ringan di luar kawasan sekolah. Tidak ada maknanya jika pihak sekolah begitu ketat melaksanakan peraturan pemakanan di kantin, tetapi pelajar dengan mudah mendapatkan makanan tidak berkhasiat di luar sekolah apabila pulang.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu memperkukuh kurikulum berkaitan amalan pemakanan di dalam mata pelajaran, sama ada sains atau kemahiran hidup. Pelajar perlu diberikan kesedaran yang mantap tentang amalan pemakanan yang sihat dan seimbang, termasuk bahaya makanan dan minuman ringan. JIka pelajar dapat ditanamkan dengan kesedaran ini, mereka sendiri akan menjauhkan diri daripada makanan dan minuman ringan.

Mohd Yusof Abdul Rahman
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Sabtu, 1 Disember 2012

Mengapa Turunkan Berat Badan?




Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.