Ahad, 27 Januari 2013

DOWNLOAD | Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS



Buku Panduan dan Pengoperasian Program LINUS penting untuk rujukan guru LINUS dan juga guru Pemulihan sebagai panduan dalam mentadbir dan melaksanakan program LINUS. 


Antara isi kandungan buku ini ialah:

Latarbelakang program LINUS
Peranan FasiLINUS, guru LINUS, guru Pemulihan
Dokumentasi (Fail yang perlu disediakan)
Jawatan kuasa
Carta Alir
Contoh borang dan laporan 




Klik pautan di bawah untuk muat turun

Isnin, 21 Januari 2013

PERTANDINGAN MENCIPTA SLOGAN DAN LOGO AMALAN 5S

Open in new window 
Semua Ketua Sektor,
Jabatan Pelajaran Perak

Tuan,

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan sempena pelaksanaan Amalan 5S di Jabatan Pelajaran Perak (JPN Perak) yang telah bermula pada 31 November 2012, Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Amalan 5S mempelawa semua warga kerja JPN untuk menyertai Pertandingan Mencipta Slogan dan Logo Amalan 5S JPN Perak.

3.       Ciptaan slogan dan logo mestilah bersesuaian dengan polisi dan objektif Amalan 5S dalam meningkatkan kesedaran peranan 5S, memupuk semangat 5S dan seterusnya ke arah pensijilan 5S pada bulan September 2013 ini. Penyertaan dibuka secara rasmi mulai 21 Januari 2013 (Isnin) hingga 7 Februari 2013 (Khamis). Oleh itu, sila rujuk syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan adalah seperti di pautan berikut :

4.       Sebarang pertanyaan berhubung pertandingan ini, pihak tuan boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab Pn. Suhana bt. Mohd Alias (5199) atau Pn. Nor Hizan bt. Hj. Abd. Jalil (5295). Segala perhatian dan sokongan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Jawatankuasa Promosi,
Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Amalan 5S,
Jabatan Pelajaran Perak

Pindaan Tarikh Cuti Berganti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2013


Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Kangsar.
Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membuat pindaan tarikh cuti berganti bagi perayaan Tahu Baru Cina tahun 2013, daripada hari sabtu, 26 Januari 2013 kepada hari Sabtu, 9 Mac 2013.
Sehubungan itu kerjasama tuan dipohon untuk memanjangkan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 1 Tahun 2013 yang dikepilkan bersama-sama ini.  sila download disini : Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia (48)
Kerjasama tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Unit Pengurusan Sekolah
PPD Kuala Kangsar.

Rabu, 16 Januari 2013

Bahan Muat Turun PPD Kuala Kangsar

Sumber PPD Kuala Kangsar


Other (178) »

  1. [No Downloads found]

Melindungi Masa Instruksional Bahagian 3

Sumber PPD Muar

Download this file (Slot 1 MMI JPNJ.pdf)Slot 1 MMI JPNJ.pdf
Download this file (Slot 3 MMI JPNJ.pdf)Slot 3 MMI JPNJ.pdf

Melindungi Masa Instruksional Bahagian 2

sumber nota : http://taufikhidayah11.blogspot.com/2012/11/melindungi-masa-instruksional.html
Masa Instruksional
Ia bermaksud sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.
Masa instruksional  perlu dilindungi. Menurut Levin dan Tsang (1987) melindungi masa instruksional  (MMI) melibatkan 4 elemen :
  1. Masa Persekolahan (Allocated schooling time) : Jumlah masa murid hadir ke sekolah. 
  2. Masa Bilik Darjah (Allocated class time) : Jumlah masa murid berada dalam kelas (tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain). Ia merupakan subkategori masa persekolahan. 
  3. Masa Instruksional (Instructional time) : Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidak termasuk gangguan, pergurusan rekod dan lain-lain)
  4. Masa Pembelajaran Akademik (Academik learning time) : Jumlah masa instruksional di mana murid memberi perhatian dan menerima instruksion pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan atau bermakna.
sumber slaid :  www.smkbesout.edu.my/
  

Buat Sendiri (D.I.Y.)Planner 2013



Sumber

Khamis, 10 Januari 2013

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

Apa itu Masa Instruksional?
Ia bermaksud sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.Masa instruksional perlu dilindungi.

MMI melibatkan 4 elemen:
1. Masa Persekolahan(Allocated schooling time):Jumlah masa murid hadir ke sekolah.
2. Masa Bilik Darjah (Allocated class time): Jumlah masa murid berada dalam kelas(tidak termasuk waktu rehat,pertukaran kelas,waktu makan tengah hari dan lain-lain)
3. Masa Instruksional(Instructional Time):Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional(tidak termasuk gangguan,pengurusan rekod dan lain-lain)
4. Masa Pembelajaran Akademik(Academik learning time):Jumlah masa instruksional di mana murid memberi perhatian dan menerima instruksion pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan atau bermakna.

Cadangan Strategi Perlaksanaan
1. Strategi Jangka Pendek (2012- 2013)
    Strategi yang dapat mengurangkan gangguan masa intruksional merujuk arahan/pekeliling semasa yang tidak melibatkan perubahan dasar makro serta memberikan empowerment kepada pemimpin sekolah berdasarkan masalah pengurusan setempat dan tidak memerlukan peruntukan kewangan.

2. Strategi Jangka Panjang (2012-2015)

    Mengubah minda dan pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah. 

   Meningkatkan kualiti intruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan   membangun,melatih semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan profesional learning community(PLC) dan pembangunan profesionalisme guru berasaskan sekolah yang lebih kontekstual merujuk masalah pembelajaran murid yang dihadapi oleh guru serta mendapat sokongan pemimpin
Meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah atau daerah/negeri.

Installer Dongle YES





Klik di Sini

Apakah itu projek 1BestariNet?1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari Mengenai Kami.
Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu?Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G). Untuk keterangan lanjut, sila layari Penyelesaian Bersepadu.
Apakah itu Frog VLE?Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.
Kenapa perlu menggunakan Frog?Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.Ketahui lebih lanjut bagaimana Frog boleh mempertingkatkan pembelajaran dengan menonton video-video ini!
Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE?ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal akan membolehkan anda untuk mengakses Frog VLE. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat VLE sekolah anda, sila klik di sini.
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan ID Yes 1BestariNet saya?ID Yes 1BestariNet disalurkan ke semua sekolah. Sila berhubung dengan sekolah anda untuk mendapatkan ID Yes 1BestariNet anda.
Apakah lagi yang boleh saya perolehi dengan ID Yes 1BestariNet saya?
Dengan ID Yes 1BestariNet anda, anda boleh mengakses Frog VLE serta seluruh sumber dan aplikasi global daripada Google, Khan Academy, dan banyak lagi, selain anda boleh mengikuti butiran akaun anda dalam rangkaian Yes.
Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?
Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.
Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang pelaksanaan projek 1BestariNet?
Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.
Adakah ibu bapa akan diberi akses Frog VLE?
Ibu bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses Dashboard ibu bapa dalam Frog VLE. Dengan ID log masuk mereka, ibu bapa boleh mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah serta memuat turun borang-borang penting dan dokumen.
Mengapakah sekolah saya tidak mendapat liputan sambungan lagi?
Beberapa sekolah di kawasan anda mungkin sudah mendapat liputan, tetapi bukan sekolah anda. Pelancaran sambungan internet dan Frog VLE bermula pada Disember 2011 dan sehingga kini ia masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Semua sekolah rendah dan menengah kerajaan akan mendapat sambungan menjelang akhir tahun 2013.
Bilakah Frog VLE akan tiba di sekolah saya? 
Pelancaran Frog VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Di sekolah saya sudah terdapat sambungan internet, tetapi mengapakah sambung VLE belum tersedia lagi? 
Beberapa sekolah mungkin sudah mendapat sambungan internet tetapi belum boleh mengakses Frog VLE. Pelancaran VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Saya terlupa alamat VLE sekolah saya.
Anda boleh melakukan carian pantas alamat VLE sekolah anda di sini.
Saya menghadapi masalah dengan sambungan internet atau VLE.
Untuk bantuan teknikal dan isu-isu penyelesai masalah, sila berhubung dengan Pentadbir Frog sekolah anda. Jika anda adalah pentadbir Frog, kami mempunyaiPortal Penjagaan Diri (Self-Care Portal) (ID log masuk Pentadbir Frog diperlukan) yang membolehkan anda mengakses bantuan teknikal.

Dasar dan Peraturan Mengenai Nama Sekolah


Masih ada yang membuat kesilapan dengan menulis SEK. KEB. dan sebagainya. Sila rujuk surat arahan berikut:

Dasar dan Peraturan Mengenai Nama Sekolah

Prosedur Ujian SEGAK


Sila baca bahan bahan berikut sebagai panduan .. metronom boleh dimuat turun dilink yang disertakan:

Metronom 50 - klik di sini
Metronom 96 - klik di sini

SPI Bil 04 Thn 2008 - Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia SEGAK


Prosedur Segak

Buku Manual Pengurusan Headcount


Headcount adalah salah satu inovasi dalam pendidikan yang telah diamalkan sebelum tahun 2005 lagi. Namun, pengurusan headcount secara tersusun mula diperkenalkan di negeri Johor bermula tahun 2006. Berikut adalah kandungan buku manual pengurusan headcount yang diterbitkan oleh JPN Johor.









Buku Manual Kajian Tindakan Terbitan EPRD


Bagi sesiapa yang nak buat kajian tindakan (KT) bolehlah merujuk buku panduan terbitan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) ini.




Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan Kepada Murid Bagi Tahun 2013


Seperti yang dimaklumkan di dalam pembentangan belanjawan 2013 tempoh hari, semua murid sekolah akan mendapat bantuan kewangan tunai sebanyak RM100. Berikut adalah garis panduan pelaksanaan program berkenaan:

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan Kepada Murid Di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan...

15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak



Kepada yg. berstatus ibu/bapa atau bakal ibu/bapa, pikir-pikirkan lah....

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15) Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya.

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul."

Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. 

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah * Saidul (penghulu) Istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :

* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : 


* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur 

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak 


* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif 


* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) 


* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani 

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas 

* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. 

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. 
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. 
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. 
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. 
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. 
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. 
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam

Wallahu'alam.

Sumber : Jalinan Keluarga
diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa
http://www.tranungkite.net/lama/d05/teladan661.htm @ 12 Februari 2012 : 11:00 a.m

Dokumen Standard Prestasi (DSP) KSSR Tahun 3


Kebanyakan Dokumen Standard Prestasi ini adalah dalam bentuk MS Word (gunakan MS Office 2007).

Dokumen disimpan di dalam Scribd. Pastikan anda mempunyai akaun scribd untuk memudahkan anda memuat turun dokumen berkaitan.Semua dokumen adalah percuma. 



01 DSP BM SK  Tahun 3


02 DSP B Inggeris SK Tahun 3


03 DSP B Cina SK Tahun 3


04 DSP Matematik SK Tahun 3


05 DSP B Arab Tahun 3


06 DSP B Tamil SK Tahun 3


07 Dsp Pj Tahun 3


08 Dsp Pk Tahun 3


09 Dsp Dsv Tahun 3


10 DSP Dunia Muzik Tahun 3


11 DSP P Moral Tahun 3


12 DSP Iban Tahun 3


13 DSP Kadazandusun Tahun 3


14 Dsp Sains Tahun 3


15 DSP P Islam Tahun 3


16 Dsp Bm Sjk Tahun 3


17 DSP B Inggeris SJK Tahun 3


18 Dsp b Cina Sjkc Tahun 3


19 Dsp b Tamik Sjkt Tahun 3


20 Dsp Tmk Tahun 3

Sumber http://cikgushamsudin.blogspot.com





Senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia



Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.

Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.

Jika menurut tempoh lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).

Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik.

Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu.

Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.

Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.

Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.

Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.

Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:
  • Negeri Sembilan
  • Selangor
  • Perlis
  • Terengganu
  • Kedah
  • Kelantan
  • Pahang
  • Johor
  • Perak

Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebagai istiadat iaitu Yang di-Pertua Negeri, atau Gabenor, kepada 4 buah negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah and Sarawak.
Sila klik gambar di bawah untuk pembesaran ~ photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Pada 12 Disember 2011, maka terciptalah satu lagi sejarah apabila YDP Agong ke 14 dilantik. Sultan yang akan dilantik pada kali ini ialah Sultan Kedah iaitu Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Photobucket

DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,

D.K.,D.K.H.,D.K.M,D.M.N.,D.U.K., D.M.K., D.K.(KELANTAN), D.K.(PAHANG),D.K.(SELANGOR), D.K.(PERLIS), D.K.(NEGERI SEMBILAN), D.K.(JOHOR),D.K.(TERENGGANU),D.K.(PERAK),D.K.(BRUNEI),D.P.(SARAWAK), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K.,D.H.M.S.,D.G.M.K., GRAND CORDON OF THE ORDER OF THE RISING SUN OF JAPAN, BINTANG MAHA PUTRA ADIPRADANA(INDONESIA), ORDER OF RAMMATA THAILAND, HONOURABLE KNIGHT GRAND CROSS ORDER OF THE BATH OF U.K., ASSO. KNIGHT ORDER OF ST. JOHN.

Sumber 1: http://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Agong pada 11 Disember 2011 @ 08:00 p.m

Sumber 2: http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_Yang_di-Pertuan_Agong pada 11 Disember 2011 @ 08:15 p.m

Sumber 3: http://kdymmtuankusultan.kedah.gov.my/ pada 11 Disember 2011 @ 08:20 p.m

Sabtu, 5 Januari 2013

Kad Pengenalan Bekas Perdana Menteri Malaysia



1. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
Perdana menteri Malaysia yang pertama ini dilahirkan pada 8 Februari 1903. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara sejak negara merdeka pada 1957 sehingga tahun 1970. Beliau mendapat Gelaran Bapa kemerdekaan
Gambar


2. Tun Abdul Razak bin Hussein
Beliau adalah perdana menteri kedua Malaysia. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun 1970 sehingga tahun 1976. Beliau dikenali perdana menteri Malaysia paling banyak berjasa kepada negara terutama kepada bangsa Bumiputera dan Melayu dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Buku Hijau dan banyak lagi. Sepertimana perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak juga daripada keturunan ‘Orang-Orang Kaya’ daripada Pahang. Salur galurnya sampai kepada bangsa Bugis di kepulauan Indonesia.Beliau mendapat Gelaran Bapa Pembangunan.
Gambar

3. Tun Hussein bin Dato’ Onn
Beliau adalah perdana menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Abdul Razak kembali ke rahmatullah pada tahun 1976. Beliau memegang tampuk pemerintahan secara rasmi pada tahun 1976 sehingga 1981. Tun Hussein dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana tegasnya beliau menangani isu-isu perpaduan kaum selepas tercetusnya insiden berdarah 13 Mei. Tun Hussein adalah adalah anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar.
Gambar

4. Tun Mahathir bin Mohamad
Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali dengan nama penanya, Che Det adalah perdana menteri Malaysia ke-4 selepas Tun Hussein Onn meletak jawatan pada tahun 1981. Beliau dikenali sebagai perdana yang paling berjasa dan berjaya kepada bangsa Malaysia kerana ideologi pembangunan dan pemodenannya yang jauh ke depan. Walaupun dikritik sebagai seorang yang autokratik, diktatorisme, dan kronisme, ia tidak menghalang Tun Mahathir daripada menjadi perdana menteri paling lama memerintah di Asia Tenggara.Beliau mendapat gelaran Bapa Pemodenan.
Gambar

5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003. Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Beliau memperkenalkan Pendekatan pembangunan bersepadu Islam Hadari. Beliau juga memperkenalkan koridor ekonimi dalam rancangan Malaysia ke-sembilan. Sempat menjawat pengerusi persidangan Islam OIC.Bapa Pembangunan Modal Insan.
Gambar

Sumber Cari