Ahad, 24 Februari 2013

Ujian Permata Pintar UKM 2013



UJIAN PERMATAPINTAR UKM1. KEMPEN 1HARI 1SEKOLAH 1PELAJAR.



Makluman Kepada Pelajar 
Pelajar-pelajar yang berminat digalakkan untuk menyertai Ujian saringan PERMATApintar UKM1 tahun 2013 bermula pada 1 Februari 2013 hingga 30 Mei 2013.
Ujian PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.
Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.
Ujian saringan UKM1 ini boleh dilaksanakan samada di sekolah, rumah dan di mana sahaja asalkan laman web berkenaan boleh dicapai . Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
Ujian ini adalah secara percuma dengan mengakses laman web   http://ukm1.permatapintar.edu.my/

Syarat-syarat dan peraturan.
• Pelajar mestilah berumur umur 8 hingga 15 tahun.
• Semasa mengisi maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa / penjaga, jika didapati maklumat palsu, walaupun pelajar melepasi skor kelayakan, maka   pelajar tidak layak menduduki ujian UKM2 atau USIM-1.
• Sekiranya orang lain yang menjawab soalan bagi pihak pelajar atau pelajar meniru, maka pelajar akan terperangkap semasa ujian saringan kedua UKM2 yang dilakukan dengan pengawasan.
• Sila JUJUR dan BERTANGGUNGJAWAB pada diri sendiri semasa mengisi maklumat dan menjawab soalan.
Sehubungan itu, dipersilakan semua pelajar yang layak agar dapat memanfaatkan peluang ini bagi menduduki ujian tersebut. 
Harap Maklum.
Sekian terima kasih.

Khamis, 21 Februari 2013

APAKAH PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT) VLE ?


SKRPM sedang menuju ke arah Persekitaran Pembelajaran Maya atau juga dikenali Virtual Learning Enviroment  yang menggunakan platform Frog VLE di bawah projek 1Bestarinet. Frog VLE  adalah satu platform pembelajaran yang akan memberi manfaat kepada sekolah dengan cara yang luar biasaTetapi banyak persoalan yang timbul. Adakah platform pembelajaran ini relevan di sekolah-sekolah? Bagaimanakah perlaksanaannya? Sesuaikah dilaksanakan di sekolah?

Diharapkan video ini dapat memberi penjelasan yang mudah untuk menjawab semua soalan-soalan ini dan banyak lagi.Berkongsilah dengan rakan-rakan anda dan sesiapa sahaja yang tidak tahu tentang platform pembelajaran ini dan mereka yangmemerlukan penjelasan yang jelas mengenai bagaimana ia berfungsi!
Sila tonton video dibawah ini.


Sabtu, 16 Februari 2013

Kelebihan Orang Kidal @ Lefhanded



Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan 
tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan. 


Rumusan 


1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal. 

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal. 

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga. 

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya. 

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu) 

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.