Kata Aluan Guru Besar


Bismillah hirrahman nirrahim,
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin kerana telah berusaha untuk meletakkan sekolah kita sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dalam semua bidang di peringkat daerah menjelang 2015.

Seiring dengan aspirasi ini, maka disinilah wujudnya Portal SK Raja Perempuan Muzwin yang bermatlamat memberi serta menyalurkan maklumat dan informasi yang berhubung kepada warga sekolah dan masyarakat umumnya. Selain dari itu, portal ini diharap dapat membantu pelbagai pihak untuk mendapatkan maklumat serta membuat rujukan mengenai sekolah dan pencapaiannya.

Sekian,Terima kasih.




EN. MOHD JAMAAI B. AHMAD,AMN,PJK.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin,
Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan