Khamis, 1 November 2012

Periksa label makanan boleh kurus




WANITA lebih peka memeriksa label nutrisi makanan berbanding lelaki.



RAMAI pengguna memilih untuk terus mengambil produk dari rak makanan tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu. Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram.
Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya.
Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga, tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya.
“Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki.
“Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan,” ujarnya.


Selasa, 30 Oktober 2012

GANGGUAN APLIKASI PENGUMPULAN DATA OPERASI KEPERLUAN SEKOLAH (ePerlu)

Dari Portal JPN Perak Sektor Pengurusan Sekolah
Open in new window
Semua Pengetua
Semua Guru Besar
Negeri Perak Darul Ridzuan
GANGGUAN APLIKASI PENGUMPULAN DATA OPERASI KEPERLUAN SEKOLAH (ePerlu)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa akses ke Aplikasi ePerlu menghadapi sedikit gangguan sehingga masa yang akan dimaklumkan. Walaubagaimanapun pihak sekolah diminta terus cuba mengakses aplikasi tersebut sehingga tarikh akhir pengumpulan data pada 31 Oktober 2012. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubungan dengan En. Abdul Rahman b. Mohd Yusof di talian 05-5015 117 atau 013-5815 893.
 3. Kerjasama dan perhatian Ybhg. Datuk/Tuan/Puan berhubung dengan perkara ini amat dihargai.
 Sekian terima kasih
Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Sekolah
b.p Pengarah Pelajaran Negeri Perak

Isnin, 29 Oktober 2012

JEMPUTAN KE KARNIVAL SK TALANG KUALA KANGSAR


Sekolah Kebangsaan Talang menjemput semua Sekolah Rendah di Daerah Kuala Kangsar ke Karnival SK Talang. Karnival ini diadakan bagi mengumpul dana untuk tabung PIBG sekolah seperti berikut:
Tarikh  : 3 dan 4 November 2012
Hari     : Sabtu dan Ahad
Masa   : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat: SK Talang Kuala Kangsar.
Antara aktiviti yang diadakan adalah:
i.PermainanFunCity, Big Castle, Spider Web, Water Ball, Paddle Boat,
BigSlide dan banyak lagi.
ii. Pemeran
iii. Jualan makanan dan minuman
iv. Kempen Derma Darah
Masuk adalah percuma. Tiket-tiket permainan boleh didapati dengan harga dari RM 4 hingga RM 10 mengikut jenis permainan. Datanglah beramai-ramai.
”ZAHIRKAN SENYUMAN DIWAJAH ANAK ANDA”

Rabu, 24 Oktober 2012

KEPUTUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2013



Makluman kepada semua pemohon,
Adalah dimaklumkan bahawa keputusan pertukaran dan penempatan bagi Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri / Bahagian/ Antara Daerah dan dalam Daerah Sesi Januari 2013 akan diumumkan melalui laman web e-GTukar pada
03 November 2012 .
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Unit Sekolah Rendah
JPN Perak.

Selasa, 16 Oktober 2012

10 Amalan Terbaik Untuk Kekal Bertenaga




Ingin merasa kurang penat, hidup lebih ceria dan bertenaga - amalkan strategi berikut untuk meningkatkan tenaga:

1. Sentiasa makan sarapan pagi

Percaya atau tidak, hidangan yang pertama untuk sesuatu hari adalah yang paling penting, yang menyediakan bahan api yang diperlukan oleh badan untuk memastikan anda dapat menjalani hari anda. Jangan sekali-kali terlepas sarapan pagi; jika tidak sempat makan kepingan sarapan (breakfast bar), pisang atau epal, atau minum segelas jus.

2. Makan sedikit tetapi lebih kerap

Kajian telah membuktikan bahawa makan lebih sedikit dan makanan yang lebih menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak, yang sering membuat anda merasa
letih dan mengantuk! Cuba makan makanan ringan yang sihat setiap empat jam untuk mengekalkan tahap tenaga anda.

3. Bersenam

Berjalan, berjoging atau berbasikal sekurang-kurangnya lima belas minit setiap hari. Mana-mana jenis aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap tenaga anda. Cari masa di antara waktu rehat, kelas, sebelum atau selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual untuk bersenam. Anda akan melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.

4. Beri sel anda makan

Jika anda sering atau hanya kadang-kadang merasa penat dan keletihan yang melampau, ini mungkin tanda pasti yang sel-sel dalam badan anda tidak menerima nutrien secukupnya. Apabila badan kita tidak mendapat cukup nutrien dari pemakanan kita, kita menjadi letih dengan lebih cepat. Cara yang ampuh untuk merasa lebih bertenaga adalah untuk menambah diet kita dengan pemakanan tambahan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel kita.

5. Makan makanan tinggi tenaga

Pertimbangkan untuk menambah makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi kepada diet anda seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam, dan daging tanpa lemak.

6. Minum air

Minum air dengan kerap.

7. Minum jus

Minum segelas jus epal atau jus oren tulen. Kedua-dua akan membekalkan anda dengan tenaga yang banyak, terutamanya apabila anda sudah mula keletihan.

8. Kurangkan penggambilan kafein

Cara yang hebat untuk membantu mengekalkan tahap tenaga anda adalah untuk mengurangkan atau menghapuskan kafein dari diet anda. Ingat: kafein adalah sejenis perangsang dan akan membuat anda gelisah.

9. Vitamin

Ambil vitamin C, dan multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik folik). Atau, makan makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti oren, badam, kacang tanah, anggur merah, delima, dan berry (Acai berry, elderberry).

10. Galian/Mineral

Ambil pemakanan tambahan yang mengandungi galian besi, ia akan meningkatkan tenaga keseluruhan anda..