4 Ciri Kesihatan Optimum
Oleh
Dr Abdul Aziz Hj Kechil
Anda
berjumpa doktor,
menjalani pemeriksaan kesihatan rapi dan didapati sihat. Anda
mengelakkan diri daripada kuman selesema selama berbulan-bulan. Namun,
ini tidak bererti anda dalam keadaan kesihatan optimum.
Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang
kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik.
Ini harus
menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal,
mental, emosi, dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna
mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai
potensi anda yang sepenuhnya.
Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan
diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi seimbang,
iaitu empat perkara penting - pemakanan, senaman, rehat dan sikap
mental.
Pemakanan
Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Disebabkan
kegilaan rentak kehidupan moden, kita jarang dapat duduk bersama
keluarga dan makan tiga sajian yang dimasak di rumah dalam sehari. Diet
sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja
menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda
berisiko menghidap pelbagai penyakit.
Mengikut American Cancer Society antara 35 hingga 70 peratus barah
boleh dikesan mengikut diet. Diet yang sihat dan seimbang mengandungi
vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor,
adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil
suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda.
Bersenam
Gaya hidup sekarang lebih banyak duduk, jadi kerap bersenam boleh
menawarkan faedah kesihatan dan kecergasan tambahan. Bagaimanapun, anda
seharusnya tidak memaksa diri mengikuti rutin senaman sukar yang
memaksa tubuh anda sehingga melebihi hadnya. Pepatah no pain, no gain
sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa yang anda perlukan ialah senaman
sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut
menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat
badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat,
membina otot dan mengurangkan kesan stres.
Rehat
Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat
minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa.
Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu
dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk
memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme
pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada
kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda
terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.
Sikap
Mental
Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong
atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh
tetapi ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan
anda terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan
peranan penting tentang cara tubuh menangani stres. Sikap mental yang
sihat membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar.
Bersikap mental yang positif boleh membantu melegakan stres dan
menangani kekecewaan dalam kehidupan.
Secara ringkasnya, walaupun mungkin tiada formula kukuh untuk mencapai
kesihatan optimum, anda boleh memilih tabiat gaya hidup yang
memperbaiki kesejahteraan anda dan membawa anda mencapai kesihatan
optimum.
Dr Abdul Aziz Hj Kechil ialah pakar fisiologi saraf.
Dipetik dari: Berita Harian Online
SEMUA PENGETUA & GURU BESAR
SEKOLAH-SEKOLAH KPM NEGERI PERAK
SEKOLAH-SEKOLAH KPM NEGERI PERAK
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan pertukaran guru Antara bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Januari 2013 melalui aplikasi e-GTukar akan di buka mulai 1 – 30 September 2012.
2. Sehubungan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk memastikan semua maklumat guru di sekolah disemak dan dikemaskini melalui laman web e-Operasi mulai 1 – 27 Ogos 2012.
3. Kerjasama dan akauntabiliti Pengetua / Guru Besar sebagai “Pengesah” adalah perlu bagi mengesahkan setiap permohonan guru mulai 1 September hingga 2 Oktober 2012.
4. Sila muat turun Surat Siaran dan Panduan di sini surat siaran (104)
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
ABD MAJID BIN YUSOF, PMP., AMN., AMP.
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Perak”
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Perak”
.jpg)