Sabtu, 30 November 2013
Buku Melindungi Masa Instruksional (MMI)
1. Buku Melindungi Masa Instruksional (MMI)- Perlaksanaan
2. Buku Melindungi Masa Instruksional (MMI)-Pengurusan
3. Buku Melindungi Masa Instruksional (MMI)-Guru
Sumber: Pelajaranperak
Jumaat, 22 November 2013
Bagaimana ‘Nozzle’ Pam Petrol Tahu Tangki Penuh?
Hari hari kita isi minyak di stesen minyak. Tapi bagaimana sebenarnya ‘nozzle’ atau picu pam minyak yang kita gunakan semasa isi minyak tahu bahawa tangki dah penuh? Ada dua saluran (valve) iaitu saluran utama yang dilalui oleh petrol untuk masuk ke dalam tangki dan satu saluran halus yang mempunyai pelampung udara. Prinsip Bernoulli digunakan apabila udara didalam dikeluarkan sehingga menjadi vakum. Apabila tiada udara di dalam tangki dan pelampung tadi akan menghentikan saluran utama.


Tak percaya esok masa isi minyak, tengok ada berapa saluran
sumber:http://ohrojak.blogspot.com/
Khamis, 21 November 2013
Tiga Subjek Baru Murid Darjah 4 Tahun Sesi 2014
Senarai tiga subjek baru untuk murid darjah 4 tahun 2014. Mulai awal 2014 murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Berikut adalah pengenalan mengenai tiga subjek berkenaan.

Tiga subjek tersebut :
1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.
2. Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Mata pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan.
3. Subjek Sejarah
Peruntukan 60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi. Pengenalan mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat.
Mata pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Subjek itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.
sumber:melvister.com
Misi dan Visi Baharu KPM
Visi dan misi baru KPM adalah seperti berikut:-
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Khamis, 14 November 2013
SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2013

atau
Keputusan peperiksaan tersebut boleh juga disemak melalui perkhidmatan dalam talian pada pautan berikut:
Langgan:
Catatan (Atom)


