Rabu, 10 Oktober 2012

PENETAPAN TARIKH AKHIR PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PAT) KE DALAM SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) ONLINE 2012 DAERAH KUALA KANGSAR



Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Kangsar
 
Dengan segala hormatnya  perkara di atas dirujuk.Sukacita dimaklumkan bahawa pihak tuan dipohon untuk memastikan semua guru kelas dan mata pelajaran wajib mengisi markah bagi Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) ke dalam sistem atas talian mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti dalam Takwim Peperiksaan Dalaman Malaysia 2012. Sila rujuk portal SAPS untuk mengetahui perkembangan semasa.
 Bagi memastikan agar semua proses pengisian dan pemprosesan data berjalan dengan lancar di peringkat sekolah, tarikh akhir  di peringkat PPD dan JPN adalah seperti ketetapan berikut :
TARIKH AKHIR KEY-IN MARKAH
PERINGKAT PPD
PERINGKATAN JPN /KPM
PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN (PAT)
20 NOVEMBER 2012
30 NOVEMBER 20
Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon memantau perjalanan pengisian markah bagi guru-guru di bawah tanggungjawab tuan sepanjang tempoh masa yang ditetapkan dan memastikan setiausaha peperiksaan telah melakukan kemudahan “Pengesahan /Proses Markah Peperiksaan” selepas pengesahan markah dibuat. Kegagalan pihak sekolah mematuhi tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan semua proses penganalisisan di peringkat PPD / JPN dan KPM. Hal ini juga menyebabkan imej PPD dan JPN turut terjejas.
 Pihak tuan dinasihatkan juga agar memastikan Setiausaha Peperiksaan telah melakukan semakan ralat mata pelajaran dalam kemudahan “semakan” sebelum pengesahan dilakukan dan menghantar satu salinan pengesahan markah ke pejabat inisebelum 20 November 2012.Pegawai Meja SAPS Daerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan komen atau cadangan, terima kasih