Isnin, 15 Oktober 2012

HARI MENCUCI TANGAN SEDUNIA - 15 OKTOBER





Mencuci tangan merupakan amalan kebersihan yang penting bagi setiap orang. Justeru, bagi menunjukkan kepentingannya terhadap faktor kebersihan, maka pada 15 Oktober setiap tahun telah diadakan sambutan Hari Mencuci Tangan Sedunia.

Hari Mencuci Tangan Sedunia telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersempena dengan Tahun Sanitasi Antarabangsa 2008.

Sejak dimulakan pada tahun 2008, Hari Mencuci Tangan menjadi satu kempen sedunia untuk mengukuhkan amalan kebersihan diri. Hari Mencuci Tangan Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan kebersihan diri.
Mencuci tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit seperti cirit-birit dan pneumonia, yang merupakan punca utama kematian kanak-kanak di dunia.

Walaupun semua orang mencuci tangan dengan air, tetapi tidak semua orang yang mencuci tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas atau sebelum mengendalikan makanan.

Cabaran kempen ini adalah untuk menjadikan mencuci tangan sebagai satu tabiat dalam kehidupan seharian seseorang. Ia perlu diamalkan secara semula jadi di sekolah, rumah dan komuniti.

Mengubah sikap mencuci tangan sebelum makan dan selepas keluar tandas merupakan satu langkah berpadu dan mudah untuk menyelamatkan nyawa. 

Usaha meningkatkan kadar mencuci tangan dengan sabun dapat menyumbangkan kepada Sasaran Pembangunan Alaf (Millennium Development Goals, MDGs) pada tahun 2015, iaitu mengurangkan dengan dua per tiga kematian kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Mengapa mencuci tangan?


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO), lebih daripada 1.5 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun meninggal dunia akibat penyakit cirit-birit setiap tahun, iaitu punca kedua kematian kanak-kanak ini.

Mencuci tangan selepas keluar tandas, sebelum makan dan mengendalikan makanan – dapat mengurangkan kadar cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak sebanyak 40%.

Pnumonia menyebabkan kematian 1.8 juta kanak-kanak setiap tahun, dan merupakan penyebab utama kematian mereka. Sikap sentiasa mencuci tangan – dapat mengurangkan jangkitan penyakit respitori pada kadar 23%.

Di samping itu, mencuci tangan – satu parameter untuk mengawal jangkitan penyakit berkaitan dengan sistem respitori. Semasa penularan penyakit SARS pada tahun 2006, satu kajian telah dijalankan dan mendapati bahawa mencuci tangan 10 kali sehari dapat mengurangkan penyebaran virus respitori itu sebanyak 55%.

Kajian daripada Nepal menyatakan bahawa penjaga dan ibu mengandung yang mencuci tangan dengan sabun dapat meningkatkan kadar kelahiran bayi baru sebanyak 44%.

Mengguna air sahaja tidak mencukupi untuk tujuan kebersihan diri, tetapi di kebanyakan tempat, sabun tidak digunakan untuk mencuci tangan. Kebanyakan keluarga miskin mempunyai sabun, jadi bukan satu halangan untuk mencuci tangan dengan sabun.

Kajian mendapati bahawa promosi mencuci tangan di sekolah dapat meningkatkan kadar kehadiran murid ke sekolah. Di China, promosi dan pengagihan sabun di sekolah dapat mengurangkan kadar ponteng sekolah sebanyak 54% berbanding dengan sekolah yang tidak mengadakan kempen tersebut.

Hari Mencuci Tangan Sedunia tahun 2010 akan melibatkan semua sekolah dan kanak-kanak. Aktiviti kempen ini diadakan di taman permainan, kelas, pusat komuniti dan tempat awam sama ada di desa ataupun bandar.

Akitiviti mencuci tangan sedunia ini bertujuan untuk menyedarkan penduduk dunia tentang kepentingan mencuci tangan dan kebersihan diri. Berjuta-juta orang daripada 80 buah negara akan terlibat dalam kempen seminggu ini.

Tema Hari Mencuci Tangan Sedunia tahun ini memberi tumpuan pada kanak-kanak. Objektif utama hari yang khusus ini adalah:
- Memupuk dan menyokong budaya mencuci tangan dengan sabun
- Memperkukuhkan budaya mencuci tangan dengan sabun di setiap negara
- Meningkatkan kesedaran tentang kebaikan mencuci tangan dengan sabun

Lima fakta penting dalam mencuci tangan
1. Mencuci tangan dengan air sahaja tidak mencukupi
o Mencuci tangan dengan air sahaja merupakan amalan biasa dalam kehidupan, tetapi ia kurang berkesan jika dibandingkan dengan mencuci tangan dengan sabun
o Mencuci tangan dengan sabun dapat menanggalkan kotoran dan minyak yang mungkin membawa mikroorganisma
o Penggunaan sabun dengan cara yang betul merupakan cara yang berkesan untuk mengelakkan diri daripada mikroorganisma penyebar penyakit.

2. Mencuci tangan dengan sabun dapat mengelakkan penyakit yang menyebabkan kematian berjuta-juta kanak-kanak setiap tahun
o Mencuci tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan untuk mengelakkan cirit-birit dan pneumonia
o Setiap tahun, cirit-birit dan pneumonia menyebabkan kematian 3.5 juta kanak-kanak di seluruh dunia
o Mencuci tangan dengan sabun dapat mengelakkan jangkitan penyakit kulit, mata, SARS dan AVIAN FLU, dan bermanfaat kepada orang yang hidup dalam golongan AIDS/HIV.

3. Tahap kritikal mencuci tangan adalah selepas menggunakan tandas atau mandian kanak-kanak dan sebelum mengendalikan makanan
o Tangan perlu dicuci dengan sabun selepas mencuci bahagian bawah kanak-kanak dan sebelum menyentuh makanan
o Tangan merupakan bahagian utama pembawa penyakit. Oleh itu mencuci tangan dengan sabun dapat membantu mengelakkan sebaran penyakit, dan dapat dilakukan oleh semua orang.

4. Mencuci tangan dengan sabun adalah promosi kesihatan yang paling kos efektif
o Promosi mencuci tangan dengan sabun adalah kos efektif jika dibanding dengan promosi kesihatan yang lain
o Pelaburan RM11.40 dalam mencuci tangan membawa hasil yang sama dengan pelaburan RM37.40 dalam pembinaan tandas, pelaburan RM680 dalam pembekalan air perumahan dan beribu-ribu dalam program imunisasi.

5. Kanak-kanak adalah agen perubahan.
o Kanak-kanak lebih aktif dalam berkongsi idea tentang amalan kesihatan diri yang baik di rumah dan masyarakat
o Penglibatan kanak-kanak dalam Hari Mencuci Tangan Sedunia dapat mempengaruhi perubahan sikap yang berterusan.
Jadi, pupuk tabiat mencuci tangan dalam keluarga anda demi kesihatan anda.

sumber 

Rabu, 10 Oktober 2012

PENETAPAN TARIKH AKHIR PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PAT) KE DALAM SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) ONLINE 2012 DAERAH KUALA KANGSAR



Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Kangsar
 
Dengan segala hormatnya  perkara di atas dirujuk.Sukacita dimaklumkan bahawa pihak tuan dipohon untuk memastikan semua guru kelas dan mata pelajaran wajib mengisi markah bagi Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) ke dalam sistem atas talian mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti dalam Takwim Peperiksaan Dalaman Malaysia 2012. Sila rujuk portal SAPS untuk mengetahui perkembangan semasa.
 Bagi memastikan agar semua proses pengisian dan pemprosesan data berjalan dengan lancar di peringkat sekolah, tarikh akhir  di peringkat PPD dan JPN adalah seperti ketetapan berikut :
TARIKH AKHIR KEY-IN MARKAH
PERINGKAT PPD
PERINGKATAN JPN /KPM
PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN (PAT)
20 NOVEMBER 2012
30 NOVEMBER 20
Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon memantau perjalanan pengisian markah bagi guru-guru di bawah tanggungjawab tuan sepanjang tempoh masa yang ditetapkan dan memastikan setiausaha peperiksaan telah melakukan kemudahan “Pengesahan /Proses Markah Peperiksaan” selepas pengesahan markah dibuat. Kegagalan pihak sekolah mematuhi tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan semua proses penganalisisan di peringkat PPD / JPN dan KPM. Hal ini juga menyebabkan imej PPD dan JPN turut terjejas.
 Pihak tuan dinasihatkan juga agar memastikan Setiausaha Peperiksaan telah melakukan semakan ralat mata pelajaran dalam kemudahan “semakan” sebelum pengesahan dilakukan dan menghantar satu salinan pengesahan markah ke pejabat inisebelum 20 November 2012.Pegawai Meja SAPS Daerah

Selasa, 9 Oktober 2012

Compassionate teacher' policy by December



KUALA KANGSAR: At least 70 per cent of schools nationwide have incorporated the Guru Penyayang (Compassionate Teacher) programme since it was introduced in March.
Education director-general Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud said it was expected to be carried out in all schools by year-end. He said although the programme was not compulsory, schools were encouraged to practice it as the objective was to build rapport between teachers and students.
"It will help foster closer ties between students and teachers. Students will be able to get to know the teachers on a more personal level and they won't be so intimidated by the teachers' presence," he said after launching the programme at SK Raja Perempuan Muzwin here yesterday.
Among the elements in the programme, teachers would greet students as they arrived at school on a daily basis and incorporate the mentor-mentee approach.
Under the Guru Penyayang programme, teachers and students were encouraged to interact on a personal level. Students could show their appreciation to teachers and vice versa, while teachers could also reach out to students by rewarding them for their achievements and remembering their birthdays.
In conjunction with the national-level Teachers Day celebration, some 200 teachers at SK Muzwin greeted their students as they arrived at school yesterday.
Teacher Nizamudin Ahmad Adam said Teachers Day this year was sweeter because it also fell near his birthday.
"I celebrated my 36th birthday on Monday and my students organised a double celebration."
He was among two other teachers and 50 students whose birthdays fell on this month. They received goodies and cards.
.
Farisya Irwayu Fauzi, a Year Six pupil of SK Raja Perempuan Muzwin, presenting a Teachers Day card to Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud. Pic by L. Manimaran

Isnin, 8 Oktober 2012

Jemputan

Universiti Sains Malaysia  dan Northern Development Skill Centre (NSDC) akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh  : 29 - 30 Oktober 2012
 Masa   : 9:00 pagi - 10:00 malam
 Tempat :  USM, Pulau Pinang

Semua warga pendidik dan pelajar di jemput menghadirinya.Untuk maklumat lanjut  sila hubungi Prof. Madya Dr. Chong Hon Yew di talian 016-3157318 atau Dr. Gunalan di talian 012-5221940.

Khamis, 4 Oktober 2012

MEMPERKASA PELAKSANAAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG



SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR,
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA KANGSAR.
Semua Pengetua dan Guru Besar diminta mengambil langkah dan tindakan sewajarnya  bagi meningkat dan memperkasa pelaksanaan Amalan Guru Penyayang dengan menjadikan satu budaya dalam kalangan guru.Program ini hendaklah berjalan sepanjang masa sesi persekolahan dan pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar akan sentiasa memantau perjalanan program dari masa ke semasa.
Surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 4 Tahun 2012 adalah dirujuk.Surat Siaran Bil.4 Tahun 2012 (134)
Sekian, terima kasih.
Unit Pembangunan Kemanusiaan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.